Wahai lelaki...
Janganlah hipokrit, semua lelaki perlukan wanita
Tanpa wanita
Hati, perasaan dan fikiran lelaki akan rosak
Mereka masih mencari walaupun ada segalanya
Apa yang tidak ada di syurga
Hingga Adam tetap rindukan Hawa?
Pada wanitalah
Lelaki memanggil ibu, isteri ataupun puteri
Di jadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok
Untuk di luruskan oleh lelaki
Tetapi kalau lelaki sendiri tidak lurus
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus
Wahai lelaki...
Luruskan wanita dengan jalan yang di tunjukkan Allah
Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya
Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta
Kerana nantinya mereka semakin liar
Janganlah menghiburkan mereka dengan kecantikan
Kerana nantinya mereka semakin menderita
Yang sementara itu tidak dapat menyelesaikan masalah
Kenalkanlah meraka kepada Allah, zat yang kekal
Kerana situlah punca bagi kekuatan dunia
Akal wanita setipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu
Hatinya serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman
Hiasilah dengan akhlak, bisikkan ke telinga mereka
Bahawa kelembutan bukan satu kelemahan
Ia bukan diskriminasi Tuhan
Sebaliknya situlah kasih sayang Tuhan
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya
Pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan
Tanpa ilmu, iman dan akhlak
Mereka tidak akan lurus, bahkan akan membengkok
Itulah hakikat andai wanita derhaka
Dunia lelaki akan huru-hara
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan
Tetapi binalah kepimpinan
Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Ilahi
Pimpilah diri sendiri kepada-Nya
Jinakkanlah diri pada Allah
Nescaya akan jinaklah segalanya di bawah pimpinanmu
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra
Andai peribadimu tidak sehebat Sayidina Ali Karramallahu Wajhah.