Holaaa...I'm back. Anyone miss me??? Bajet macam ada orang nak ingat kat aku.hahaha...;))
Aku nak kongsi satu cerita. Korang pernah dengar tak asam bedak? Aku tak tau nama betul dia apa, aku main panggil ja. Alaaa... asam tu kecil2 ja, warna coklat gelap, luar dia macam kena tempek dek bedak sejuk tu. Sebab tu la aku panggil asam bedak.
Masa kecil2 dulu, lepas balik sekolah ja mesti aku melepak kat kedai runcit yang dekat dengan sekolah aku tu. Buat apa melepak kat sana? Mesti la aku tolong mak cik tu meniaga. Ok, tu tipu. Aku selalu beli asam bedak ni. 1 paket ada la dalam 20sen. Sekarang ni susah betul nak cari asam bedak.
Tapi hari isnin baru ni, kat tempat aku belajar, ada sorang brader ni, dia jual kerepek n asam depan library. Aku pun dengan confident nya, pergi la kat situ menyemakkan diri. Tengok2 kan, dia ada jual asam bedak. Nak dijadikan cerita, aku pun beli. Memang sedap tak ingat la, sampai menjilat jari. Kalau mak mertua lalu pun sure tak perasaan. Sayang giler la kat brader tu.
Haaaa... ni la rupa asam bedak tu