- Pisang, aprikot, salmon, dan bayam mengandungi kalium, mineral yang mampu mengurangkan risiko strok.
- Sekiranya anda diserang ulser, sapukan saja madu. Berbanding ubat yang dibeli di farmasi, madu akan melegakan anda daripada kesakitan dua hari lebih awal.
- Wanita yang berjalan selama empat jam dalam seminggu untuk setiap minggu selepas menopaus, berupaya mengurangkan risiko diserang kanser payudara sebanyak 10 peratus.
- Melihat telefon pintar sewaktu makan malam membuatkan anda cenderung untuk makan snek pada waktu tengah malam.
- Anda sebenarnya membakar 377KJ setiap jam sekiranya anda melangkah dua anak tangga sekali gus berbanding melangkah satu persatu anak tangga.

-iSIHAT edisi Jan 2015