Thursday, 15 March 2012

Karangan Bebudak Tuition

First sekali, aku nak gelak kuat-kuat dulu. Maklum la, gelak ni kan baik untuk kesihatan. hahahahahahaha.............


Dua minggu lepas, aku suruh la bebudak tuition ni buat karangan autobiografi. Aku biar diorang pilih tajuk diorang sendiri. Time nak semak karangan diorang, awal2 ayat tu aku rasa cerita diorang ni menarik gak, idea gempak2 la. Tapi bila dah nak sampai kat penutup, terus aku gelak guling2.

Ada sorang budak ni, dia buat tajuk "Aku Sebuah Kereta". Awal2 tu dah best dah ayat dia...
"Aku sebuah kereta. Aku dilahirkan....
... aku mengalami kemalangan..."
Tengah syok2 aku baca, tetiba ja...
"Aku ke rumah tuan aku untuk meminta maaf. 
Dia pun memaafkan aku".
Kereta pun boleh minta maaf ke?? Aku ingat nak ambil gambar karangan diorang, tapi terlupa pulak, terus ja bagi balik kertas tu kat diorang. 


Minggu lepas pulak, aku suruh diorang buat surat kiriman tak rasmi. Kali ni, nasib baik karangan diorang lagi bagus daripada sebelum ni. Kalau tak, mampus aku dok guling2 lagi. Tapi ada la sorang-dua yang tak berapa nak ok. Ayat semua pendek2 belaka. Bukannya diorang tak boleh buat. Boleh, cuma malas ja, nak aku ngadap muka sorang2, baru nak buat kerja. Ni lah surat2 diorang....







Monday, 2 January 2012

Love Story (Where Do I Begin?)

Tetiba pula aku terasa macam nak share lirik lagu ni. Sebetulnya lagu ni aku dah selalu dengar. Al-maklum lah mak aku kan peminat lagu2 zaman dulu. Anak2 dia pun berjangkit la. Lebih2 lagi adik aku yang kecil, pasang ja lagu apa2 pun, confirm dia tau.

Berbalik kepada cerita asal, baru sekarang ja aku tau apa tajuk lagu ni. Itu pun sebab aku tengok cerita Emily kt youtube. Cerita ni lakonan Ady Putra dengan Nabila Huda. Dah pernah tayang kat TV3 tahun 2010, syok sangat. Lagu ni ada dalam cerita tu, tapi dia dah ubah lirik jadi bahasa melayu.

Sebelum tu pun, ada sorang kawan aku bagi lagu nasyid tajuk Kisah Cinta nyanyi Feelhoney. Sapa Feelhoney?? Kawan aku kata diorang ni group nasyid underground. Tu dia kata la. Kalau dia tipu, aku pun tipu la. Lagu2 diorang best juga, lebih2 lg lagu Kisah Cinta, sangat menyentuh perasaan. Rentak lagu ni pun ala2 lagu Love Story (Where Do I Begin?).

Haaaa... ni la lirik lagu yang aku dok cerita2 tu. Love Story (Where Do I Begin?) by Andy Williams...

"Where do I begin to tell the story
Of how great a love can be
The sweet love story that is older than the sea
The simple truth about the love she brings to me
Where do I start

With her first hello
She gave a meaning to this empty world of mine
There'd never be another love another time
She came into my life and made the living fine
She fills my heart

She fills my heart
with very special things
With angel songs, with wild imaginings
She fills my soul with so much love
That any where I go
I'm never lonely
With her along who could be lonely
I reach for her hand. It’s always there

How long does it last
Can love be measured by the hours in a day
I have no answers now but this much I can say
I know I'll need her until the stars all burn away
And she'll be there

How long does it last
Can love be measured by the hours in a day
I have no answers now but this much I can say
I know I'll need her until the stars all burn away
And she'll be there"

Friday, 7 October 2011

Asam Bedak

Assalamualaikum...
Holaaa...I'm back. Anyone miss me??? Bajet macam ada orang nak ingat kat aku.hahaha...;))

Aku nak kongsi satu cerita. Korang pernah dengar tak asam bedak? Aku tak tau nama betul dia apa, aku main panggil ja. Alaaa... asam tu kecil2 ja, warna coklat gelap, luar dia macam kena tempek dek bedak sejuk tu. Sebab tu la aku panggil asam bedak.

Masa kecil2 dulu, lepas balik sekolah ja mesti aku melepak kat kedai runcit yang dekat dengan sekolah aku tu. Buat apa melepak kat sana? Mesti la aku tolong mak cik tu meniaga. Ok, tu tipu. Aku selalu beli asam bedak ni. 1 paket ada la dalam 20sen. Sekarang ni susah betul nak cari asam bedak.

Tapi hari isnin baru ni, kat tempat aku belajar, ada sorang brader ni, dia jual kerepek n asam depan library. Aku pun dengan confident nya, pergi la kat situ menyemakkan diri. Tengok2 kan, dia ada jual asam bedak. Nak dijadikan cerita, aku pun beli. Memang sedap tak ingat la, sampai menjilat jari. Kalau mak mertua lalu pun sure tak perasaan. Sayang giler la kat brader tu.

Haaaa... ni la rupa asam bedak tu

Monday, 16 May 2011

Toothbrush

Date: 16 May 2011
Time: 8.00pm
Venue: Guardian, Gurney Plaza
Situation: A young boy, around 5 years old walking towards his mother who seems to be very busy paying for the things they bought just now.

Boy: Mummy, this toothbrush look nice. Can I have it?
Mom: No.
Boy: Can I buy for myself?
Mom: No.
Boy: For my future kids.
Mom: ???


p/s: ambooiiii..... kecil2 lg dh gatal naaa...

Saturday, 14 May 2011

Andai Dapat Kuundurkan Putaran Dunia

Hidup tak selamanya indah. Kadang-kala kita selalu mengeluh bila sesuatu perkara itu sentiasa saja tidak memuaskan hati kita. Tapi bila hari semakin berlalu, baru kita sedar bahawa masa lalu sangat berharga. Kita sentiasa teringat-ingat pada benda yang sudah lepas. Selalu terfikir-fikir alangkah indahnya dunia kalau kita boleh putarkan masa. Tapi itu semua hanya mimpi. Setiap apa yang berlaku tidak boleh diputarkan semula. Kita hanya mampu untuk meneruskan langkah ataupun memperbaiki cara hidup kita yang dulu.


Kata orang, bintang yang paling bersinar dan bercahaya, itulah bintang kejora. Tapi, pada mata kita semua bintang itu bersinar dan bercahya. Kita sentiasa pening untuk mencari di mana bintang yang bernama kejora itu. Selepas beberapa saat mencari, akhirnya baru kita terpandang sebutir bintang bercahaya cerah berwarna putih kekuningan berhampiran dengan bulan. Kenapa kita tidak nampak pada bintang itu sejak awal lagi? Tanpa sedar bintang itu hanya berada di depan mata. 

Waktu kecil, kita selalu terbayang-bayangkan kehidupan kita apabila dewasa kelak. Kita selalu beranggapan bahawa usia dewasa sentiasa menjanjikan kebahagiaan. Tiada lagi kerja sekolah yang bertimbun-timbun. Tiada lagi ujian dan peperiksaan. Tiada lagi jerit pekik ibu dan ayah kerana kita sudah mampu memiliki rumah sendiri. 

Namun, apabila usia semakin meningkat, baru kita tersedar bahawa semua ini hanya dusta. Semakin kita meningkat dewasa, semakin banyak masalah yang harus kita fikirkan. Semakin banyak tanggungjawab yang harus kita pikul. Semakin besar perasaan bersalah yang akan kita rasa terhadap ibu dan ayah. Masa inilah, kita akan sentiasa terfikir, "Alangkah gembiranya waktu kecil dulu. Tidak perlu hendak fikirkan masalah yang remeh-temeh. Kita hanya tahu bermain-main saja."

p/s: Hargailah setiap apa yang kita lalui dan setiap orang yang berada di sekeliling kita. Kita hanya akan menghargainya apabila benda itu hilang dari pandangan mata.